Setiap individu akan melalui satu peringkat dalam kehidupan mereka. Pada masa ini, mereka akan mula memikirkan tentang pekerjaan. Apabila individu melangkah ke kolej, universiti ataupun institusi-institusi latihan dan kemahiran, dia akan mula memikirkan secara serius apakah kerjaya yang hendak diceburinya. Dalam situasi ini, pelajar khususnya akan memikirkan bahawa bagi mendapatkan pekerjaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi.
Apabila individu bekerja sepenuh masa sepanjang hayatnya, pelajar akan menghabiskan masa separuh daripada masanya berjaga bagi bekerja. Masa yang dihabiskan bagi bekerja ini sebenarnya adalah lebih banyak daripada masa yang diluangkan oleh individu secara bersendirian. Oleh sebab itu, membuat keputusan yang tepat tentang kerjaya adalah satu perkara yang penting.
Persoalan akan timbul, apakah saya akan seronok dengan kerjaya pilihan saya?
Bagaimanakah kerjaya dapat memberikan kesan kepada cara dan gaya hidup saya?
Berapa banyakkah perdapatan yang akan saya perolehi?
Individu yang macam manakah akan berdamping dengan saya?
No comments:
Post a Comment