Wednesday, 27 February 2013

Perang Pilih Kerjaya


Langkah-langkah bijak dalam memilih kerjaya




Dalam membuat sesuatu keputusan dan pilihan dalam kehidupan, anda perlu bertindak bijak dalam  menyusun strateginya dan merancang tindakan yang perlu diambil dari pelan strategi yang dibuat. Dalam bahagian ini kita akan mengulas dengan lebih lanjut bagaimana langkah-langkah untuk membuat sesuatu keputusan dan pilihan yang bijak dalam menentukan masa hadapan yang cemerlang dunia dan akhirat.

1. Menetapkan matlamat
Dalam merangka masa depan yang realistik, anda terlebih dahulu perlu meletakkan satu matlamat yang jelas dan boleh dicapai. Misalnya jika anda bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor, maka anda perlu memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan diduduki. Selepas itu, barulah anda boleh memohon untuk memasuki institusi yang menyediaakan program-program persediaan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Justeru itu, pada peringkat awal, anda wajib memiliki matlamat yang jelas. Ingat matlamat itu menjadi tanda arah untuk anda mencapai cita-cita.

2. Tuliskan seberapa banyak alternatif yang boleh difikirkan.
Disini pelajar perla melihat kesan baik dan buruk alternatif yang difikirkan tadi. Buat kajian ringkas kebaikan dan cabaran yang di hadapi apabila memutuskan untuk memilih satu-satu bidang kerjaya.

3. Fikirkan di mana boleh diperolehi maklumat lain sebagai alternatif yang boleh digunakan.

Pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak yang tertentu dan berkaitan dengan maklumat ayng diinginkan itu. Contohnya pelajar boleh memperolehi daripada rakan-rakan, keluarga, agensi-agensi negeri dan pusat, organisasi profesional, online service, akhbar, majalah, buku-buku dan lain-lain lagi.  Namun apa yang pasti maklumat daripada kaunselor-kaunselor sekolah atau tempat anda belajar perlu diperolehi agar dapat digunakan untuk membuat pilihan dan keputusan. 

Melalui kaunselor juga, pelajar akan mampu menyedari tentang keupayaan dan kemampuan diri dalam sesuatu perkara. Contohnya pelajar boleh juga mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya daripada kaunselor-kaunselor anda dalam menentukan masa hadapan kerjaya anda sendiri. Perancangan yang tepat dan bijak serta mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada kaunselor, seseorang itu mampu untuk menentukan masa hadapan atau arah tuju mereka dengan lebih baik lagi.

4. Semak senarai alternatif.

Pelajar perlu memperincikan alternatif-alternatif yang ada dan menyemak setiap alternatif yang ingin dilakukan itu. Ini semua penting bagi melihat apa yang seharusnya dilakukan melalui sub-sub alternatif yang ingin dirancang. Semakin banyak semakan yang dibuat, pelajar akan mendapat maklumat yang lebih banyak lagi dan ini akan menimbulkan pelbagai-bagai idea dan pandangan baru dalam mencapai keputusan yang terbaik. Segala maklumat dan idea-idea baru itu perlu dicatatkan agar pelajar itu tidak lupa apa yang perlu mereka seharusnya lakukan dalam mendapat yang terbaik dalam kehidupan mereka.

5.  Bina peta minda alternatif-alternatif yang dipilih

Para pelajar perlu membuat lakaran gambaran hasil keputusan yang diambilnya untuk menjelaskan lagi bentuk yang dikehendakinya.

6. Bandingkan alternatif-alternatif dengan realiti sebenar.

Para pelajar perlu tahu membandingkan antara alternatif yang dipilih itu yang manakah paling sesuai untuk dicapai dan bersesuaian dengan realiti sebenar. Mereka perlu bijak untuk membezakan alternatif-alternatif yang tidak mungkin untuk  mereka capai.
  
7. Membuat susunan keutamaan alternatif-alternatif yang dipilih.

Para pelajar perlu melihat nilai-nilai alternatif yang mempunyai kaitan rapat dengan keputusan yang ingin di ambil. Jadi di sini para pelajar perlulah meneliti antara kaitan dengan keputusan yang ingin diambil supaya alternatif yang diambil adalah  realistik.
 Alternatif  dan nilai yang tidak sesuai dengan apa yang ingin dicapai perlulah disingkirkan.

8. Alternatif yang paling sesuai.

Para pelajar perlu mengetahui apakah alternatif yang paling sesuai untuk digunakan. Jika terdapat sesuatu yang tidak baik terhadap alternatif tersebut maka sebaiknya para pelajar mengabaikan alternatif tersebut. Namun jika para pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima tetapi hasilnya adalah memuaskan maka alternatif ini adalah kurang baik untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun jika terdapat alternatif yang memuaskan diri pelajar, maka pelajar perlulah membuat keputusannya.

9. Mengambil tindakan

Apabila keputusan telah dipersetujui, maka keputusan atau tindakan akan dilakukan atau diambil. Jika tindakan yang diambil itu mendatangkan kebimbangan dan ketidakpastian anda pastinya ia akan mengaburkan anda untuk bertindak.

10. Menilai semula tindakan

Di sini para pelajar perlulah sentiasa membuat semakan terhadap keputusan yang dibuat sama ada ia berjalan seperti yang dirancang ataupun sebaliknya. Jika keputusan yang dibuat oleh pelajar itu tidak berjalan seperti yang dirancang, para pelajar perlulah kembali keperingkat awal lagi. Apabila para pelajar kembali ke peringkat awal, maka para pelajar perlulah mempersoalkan dalam diri pelajar sendiri sama ada dirinya mempunyai maklumat yang cukup mengenainya ataupun tidak, mencari apakah punca atau sebab sebenarnya ini terjadi dan perlulah merenungkan dan memikirkan sama ada kegagalan yang dihadapi ini berpunca daripada diri sendiri ataupun berpunca daripada orang lain. Kesemua ini perlulah difikirkan oleh para pelajar sebelum membuat Sebarang tindakan ataupun keputusan.

Para pelajar juga perlulah mengambilkira sama ada ingin mengekalkan keputusan yang dibuat atau ingin mengubah keputusan tersebut berdasarkan hasil yang diperolehi. Ini adalah kerana jika para pelajar ingin mengekalkan keputusan tersebut, maka para pelajar perlulah mengambil tindakan dan jika sebaliknya pelajar juga perlulah mengambil tindakan dengan kembali ke peringkat pemprosesan awal.
Dalam membuat langkah-langkah keputusan ini, terdapat beberapa halangan atau kesilapan yang biasa dilakukan oleh sesetengah para pelajar dalam membuat pilihan keputusan untuk menentukan masa hadapannya. Antara kesilapan yang biasanya dilakukan ialah:
1.   Terlalu bergantung kepada pendapat seorang pakar sahaja.
2.   Overestimating maklumat terhadap pihak tertentu.
3.   Underestimating maklumat terhadap pihak tertentu sahaja
4.   Prejudis dalam diri sendiri dan mahukan semuanya membantu ke arah kehendak anda.
5.   Tidak mendengar apa kata hati dan perasaan.

Bagi mereka yang ingin membuat keputusan kerjaya mereka, mereka juga perlu mengikut susunan langkah-langkah yang bijak untuk membuat pilihan kerjaya yang bijak.

  1. Berasaskan minat anda, anda perlu senaraikan pekerjaan yang berkaitan dengan potensi dan minat diri anda. Anda perlu mengumpul maklumat tentang dunia pekerjaan ini dan maklumat-maklumat ini boleh diperolehi daripada kaunselor-kaunselor anda sendiri. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor untuk dibantu secara teliti bagaimana untuk membuat langkah pertama ini secara berkesan.
  2. Berdasarkan senarai nama pekerjaan yang anda senaraikan itu, anda diminta untuk memotong mana-mana pekerjaan yang tidak atau kurang anda sukai. Ini bermakna jumlah pilihan akan berkurangan.
  3. Membandingkan kesemua pekerjaan itu dan mengenalpasti pilihan pertama, pilihan kedua dan pilihan ketiga anda. Di sini anda perlu lihat positif dan negatifnya sesuatu keputusan yang dibuat itu.
  4. Memilih satu daripada ketiga-tiga pilihan itu untuk dijadikan keputusan untuk memilih kerjaya.

PERINGATAN

Untuk mendapatkan keputusan pemilihan kerjaya yang lebih bagus dan menepati potensi diri berjumpalah dengan KAUNSELOR ANDA!!!!!. Anda pasti akan DIBANTU!!!!. Di sana anda akan TEMUI JAWAPANNYA!!!!!.

Tuesday, 26 February 2013

What is career path? How to choose your career path


Finding a job is not necessarily means that you find a satisfying career – well, unless you are blessed… A successful career path is something you create (and build) from scratch. In that manner, you should build your own career path based on your drill downed career plan that you maintain consistently. Once you have decided which profession to undertake, there are several activities to follow. For ensuring that you are successful in your ambition and follow your interests on a professional basis, here are some guidelines: Commitment You should commit to your decisions. If you make a career path decision and feel that you made the right decision, then you have to be responsible and commit for this career path you choose. Therefore, the best way is to write down: • Your career statement that focuses on the reasons you choose this career and the all-purpose ways you are going to take to achieve your goals. • Your career/project plan – to underline the tasks. Educational QualificationsEducation is the spine of all ambitions. In fact, if you do not have the basic education, no profession will entertain you. If you do not have the required education for the career path that you wish to follow, you will find it very hard to get hired by any company. Therefore, you should make sure that you have all the educational qualifications that are required. Entrance – entry level To be frank, there are some people who like things easy and there are some people who like a challenge factor in everything in their life. Therefore you have to check what type of person you are and in the same vein decide what kind of entrance you would wish for in your profession – a difficult one or a simple one.Salary and Start up Salary The financial aspect of a job is quite important for almost everyone. If you are in a low paying profession or a job for a long time there is a kind of frustration that creeps up into you and that makes you a bitter person. Therefore make sure that the interest you pin point on is financially lucrative. Another aspect that you should keep in mind is the progress point in the financial aspect of it. If the progress points are too few and far between, it is suggested that you get back to your thought process about the profession that you wish to get into. Next Level As with the salary, you should also keep an eye on the development of your career as regards your capabilities, responsibilities and professional skills. If the two points of appraisal are too few and far between, there are chances that you have the same frustration that one might have for not be paid properly. Time DedicationThere are some professions whose work day ends within five hours, while there are some professions whose work day extends till eighteen hours. At the beginning of your life, you should decide whether you wish to work for five hours or eighteen hours. Once you have decided what profession you wish to follow, you should make sure that you find out that levels of hierarchy that are basically present in the profession. Personal Life/Professional Life You should also find out whether you are able to balance your professional life with your personal life or not. A person’s professional life is as important as a person’s private life. It is only if a person finds a complete balance between the two that they can even think about being successful and happy in their life. After having these points cleared, you want to create a simple plan with a time schedule as your career pathway ;)

How to Decide on a Career? How to Choose a Career Path?


All of us have some thoughts and ideas about our careers and professions. It is however sad to see that not everyone reaches a career or path of profession that they would like to. For example, every boy wishes to be a fireman when he is young while every girl wants to be a nurse or a teacher when she’s young. Thankfully not every one of them finally turns out into what their childhood dream is. On a serious note though, you should decide quite early in life what career you wish to pursue and take your decisions accordingly. This article covers the main aspects you should take in mind for deciding on your career. The article also provides examples on how to choose your career path. Here are some ways to decide on a career plan.

Deciding on a career

One should decide what career they would like to pursue keeping the three golden points in mind: Interests: The truth be told, one cannot hold a job that does not interest them for a long time. The problems that they face may be superfluous, like the work timings, some aspects of the job or even the boss. However, the fact is that because the people are not interested in the job, such nitty-gritty comes up in their mind. Financial Feasibility: A person may be interested in many things, but it is important that there is a commercial aspect to the activity that he or she wants to carry out. Once the person works out a way to convert their interests in a financially viable model, they have taken the first right steps towards their success. Growth: Apart from the interest and the financial factor, another important factor is the growth of a person or his activities. It is a fact that how much ever interested a person is in a particular activity, it does get monotonous after a time and a growth or enhancement is quite needed. Keeping these three concepts in mind, you can decide the profession or the job that you wish to undertake. Of course, the interests of a person change over age, and it is necessary that a person takes such a decision only when they are mature enough to understand the different between childhood fantasies and true life ambitions. You may find useful tips on – which career is right for me article.


Konsep Pemilihan Kerjaya



Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.
• Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.
• Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan.
• Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.

Keperluan Merancang Kerjaya



Setiap individu akan melalui satu peringkat dalam kehidupan mereka. Pada masa ini, mereka akan mula memikirkan tentang pekerjaan. Apabila individu melangkah ke kolej, universiti ataupun institusi-institusi latihan dan kemahiran, dia akan mula memikirkan secara serius apakah kerjaya yang hendak diceburinya. Dalam situasi ini, pelajar khususnya akan memikirkan bahawa bagi mendapatkan pekerjaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi.

Apabila individu bekerja sepenuh masa sepanjang hayatnya, pelajar akan menghabiskan masa separuh daripada masanya berjaga bagi bekerja. Masa yang dihabiskan bagi bekerja ini sebenarnya adalah lebih banyak daripada masa yang diluangkan oleh individu secara bersendirian. Oleh sebab itu, membuat keputusan yang tepat tentang kerjaya adalah satu perkara yang penting.

Persoalan akan timbul, apakah saya akan seronok dengan kerjaya pilihan saya? 
Bagaimanakah kerjaya dapat memberikan kesan kepada cara dan gaya hidup saya? 
Berapa banyakkah perdapatan yang akan saya perolehi? 
Individu yang macam manakah akan berdamping dengan saya?

Pendahuluan

Selamat Sejahtera kami ucapkan kepada pelawat blogger ini dan follower. Dengan bekerjasama guru pensihat dan ahli-ahli kelab kerjaya SMK Bandar Sri Damansara  telah berjaya menyediakan satu kemudahan yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar SMK Bandar Sri Damansara (1) dan kepada semua pelajar yang inigin melanjutkan pelajaran lagi sleepas SPM. Kemudahan ini membolehkan ahli-ahli kelab kerjaya berkongsi maklumat serta informasi yang berkenaan dengan kerjaya , Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) , Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), college ,video yang dapat motivasi diri dan lain-lain 
Segala maklumat yang diperolehi daripada buku, ceramah yang dianjurkan oleh SMK BSD (1), Lawatan Ke College atau Universiti akan kami kumpulkan untuk dikongsi bersama. Kami juga harap agar semua maklumat yang kita sampaikan dapat membantu anda.  
Diharapkan blog kelab kerjaya akan terus ceria.....