Saturday, 2 March 2013

Do You Know ?



Pemilihan pekerjaan adalah penglahiran perlakuan yang mencerminkan motivasi, pengetahuan, personaliti dan kebolehan seseorang. Pekerjaan menggambarkan cara hidup clan persekitaran, bukan semata-mata satu set fungsi kerja atau kemahiran yang berasingan. Untuk bekerja sebagai tukang kayu bermaksud bukan sahaja menggunakan alat-alat tetapi juga mewakili status yang tertentu, peranan komuniti, dan cara hidup yang khusus. Dalam hal ini, kecenderungan kepada sesuatu pekerjaan sebenarnya menggambarkan beberapa keterangan iaitu: motivasi dan pengetahuan individu tentang pekerjaan yang dipersoalkan, wawasan dan kefahaman tentang diri dan kemampuannya.

JOB




I want to enjoy my work
and feel that it is meaningful.
I want to grow as person on the job dimension
that are important to me.
I want to come home from work
relaxed rather than frustrated
so I can notice and enjoy the
other good things in life.

Kepentingan Kaunseling Kerjaya


Drever (1964) pula mengatakan, proses perkembangan bidang kerja ini amat perlu bagi kanak-kanak, terutama dalam mempengaruhi sikapdan pengertian mereka tentang perkembangan kerjaya hari ini. Oleh itu, hanya sekolah tempat sebaiknya menyebarkan kesedaran dan pengetahuan ini.
Hoyt (1969) pula menyatakan, salah satu sebab mengapa kanak-kanak menjadi kacau dan bingung memilih kerjaya ialah kursus yang diberikan dalam bidang kerjaya tidak dapat memotong jalan ringkas kepada tujuan-tujuannya. Jika kita mengorientasikan anak-anak sekolah dengan cara dan bentuk pekerjaan ala barat, sedangkan bentuk dan sifat pekerjaan kita amat jauh daripada apa yang digambarkan, maka ini mungkin akan mengelirukan dan mengecewakan para pelajar apabila merela menjawat jawatan tersebut.
Kita telah melihat pendapat orang-orang professional, baik kaunselor, ahli-ahli psikologi mahupun perunding-perunding cara dalam pendidikan kaunseling. Oleh itu, elok kita simpulkan di sini apa matlamat sebenarnya semua ini :-
a. Kesedaran diri
b. Kesedaran ekonomi
c. Kesedaran pendidikan
d. Kesedaran kerjaya,
e. Sikap dan apresiasi
f. Pengambilan Keputusan